Tuesday, 27 November 2012

Oh My Perut!!

Hi semua! Dah lunch belum? lunch ape tadi? Ni aku nak citer sikit pasal perut aku yang mcm makin membesar. Bkn membesar sebab ada 'isi' tapi sebab isi mknan lunch tadi. huhu.. Niat lepas ni nak cuba untuk kempiskan perut yang membuncit ni... tension kot pakai baju yang slim2 dah tak nampak slim. Nampak macam cempedak kena balut..haha.. Peha aku pun makin gebu plak..

So target lepas ni nak cuba kempiskan perut ni. Tadi ada la google tips2 mudah untuk kecikkn perut..

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Ha! macam mana? agak2 leh ikut tak? simple jer kan tapi kalau tak istiqamah hasilnya tak kan dapat macam yang kte nak. So lepas ni kena ajak hubby join sama sebab hubby punya perut 2 kali ganda buncit dari aku..haha..

Monday, 26 November 2012

Duit dan kereta

Salam 1 Malaysia.. cewahh. Hari ni nak cerita pasal duit yang keluar macam air. huhu. Hari sabtu yang bertarikh 24/11/12 aku dan hubby p usha2 rim keta. Di sebabkan tayar keta Myvi dah terlampau botak dan boleh membahayakan keselamatan aku dan hubby so kami bersepakat untuk tukar sekali rim keta yang 15 inci.

Lepas dh usha beberapa kedai akhirnya kami pilih kedai kat kapar. Tak igat ape nama kedai tayar tu tapi kedai tu besar dan berdekatan dengan simpang 4 kapar - pelabuhn klng. Lama juga pilih rim dan tayar 2nd hand. Bajet tak ada sangat so kteorng beli rim baru tp tayar 2nd.

Gambar tak ada. Lupa nak snap sebab aku bkn jenis yang suka nak bergmbar sangat. Actually kalau aku selitkan sekali dengan gambar mesti blog aku ni lagi menarik kan. Tak ape, pelan2.. hehe
Bila dah bertukar rim dan tayar nmpak cantik la keta Myvi laki aku tu. Harga boleh tahan la. Sekali dengan mentol keta lampu depan, viper sebelah, brake pad dan rim lock total RM 900 ++.. fuhhh!.. Duit 'hilang' mcm tu jer. Nak cari bkn main susah lagi. Ermm tak pe la demi keselesaan dan keselamatan kteorng redha jer la..

Tu psal keta Myvi. Kes keta Viva plak. Ntah mcm mn student sewa blh plak kena langgar. Tak tau la keta tu kena langgar ke melanggar ke terlanggar ke dilanggar..haha.. Kemek la ckit sampi terbuka bonet depan. Mcm biasa gambar tak ada. Lupa nak snap. Nasib adk tu nak settel so dia la yang kena bayar. Rasanya tak ada la mahal kot. Sebab kemek tu tak teruk sgt.

Tu jer cerita psl duit dan keta. Esk cerita psl lain plak. ok daaaa...wasalam..=)




Friday, 23 November 2012

Kerja

Assalamualaikum.. Hi semua.. Sebelum memulakan kerja seperti biasa aku akan buka email, buka metro online, kosmo dan tak lupa blog gosip abang nara.. hehe. Walaupun tak minat sangat pasal gosip tapi nak juga ambik tau pasal cite2 artis yang terbaru kan..


Thursday, 22 November 2012

Cerita pertama

Untuk pertama kalinya di blog ni tak ape nak cerita sgt...tapi aku cuba. hehe..
Hari ni mcm stress sikit. Mgkn disebabkan sifat aku yg sensitif tidak bertempat. Ermm tak reti nak cerita panjang2. Aku 'create' blog ni pn sebab perasaan tu.

Waktu buat post ni aku buat sambil tengok tv memang tak kusyuk la apa yang nak diceritakan. Next time la aku buat dan tumpukan sepenuh perhatian kat blog ni..huhu

Berjinak-jinak dengan hobi baru

Tiba-tiba teringin untuk berblog. Saja mencari suasana baru dlm hidp seharian..haha.. Pdhal aku rasa mcm tak ada masa untuk ini semua. Tak apa kita cuba pelan-pelan kn?..